Kawasaki lancar model Versys 650


 

MODEL Kawasaki yang akan memasuki pasaran bulan depan.

Harga 20% lebih rendah berbanding dari CBU

KAWASAKI Motors (Malaysia) dijangka melancarkan satu lagi model baru motosikal berkuasa tinggi iaitu Versys 650 2011 pemasangan tempatan (CKD) bulan depan, selepas meraih kejayaan menerusi pelancaran model CKD ER-6N dan ER-6F sejak 2008.

Sumber industri berkata, motosikal berkuasa 650cc itu akan dijual pada harga RM36,689 seunit (tidak termasuk insurans) dan harga atas jalan adalah RM39,000 seunit.

Harga atas jalan itu adalah kira-kira 20 peratus lebih rendah berbanding model yang diimport sepenuhnya (CBU) yang dipasarkan sebelum ini iaitu RM49,000 seunit.

“Kawasaki Versys 650 kini dipasang di Malaysia. Ia adalah berita baik kepada penggemar motosikal berkuasa tinggi kerana boleh memilikinya pada harga yang menarik.

“Kebanyakan pengedar motosikal berkuasa tinggi sekitar Lembah Klang sudah membuka tempahan bagi model yang akan dilancarkan Januari ini kepada pelanggan masing-masing,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, Kawasaki Motors tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkara berkenaan.
Sumber berkata, walaupun Kawasaki Motors sehingga kini masih belum mengumumkan secara rasmi harga jualan Versys 650, namun pengedar motosikal sekitar Lembah Klang sudah mengeluarkan borang tempahan pada harga RM36,689 seunit.

“Ada pengedar yang menawarkan pinjaman dengan bayaran pendahuluan antara RM3,900 hingga RM7,500 seunit.

“Kadar faedahnya pula adalah antara 4.75 peratus hingga 7 peratus setahun bergantung kepada jumlah wang pendahuluan dan kedudukan kewangan pelanggan,” katanya.

Sumber itu berkata, sambutan memberangsangkan yang diterima Kawasaki terhadap motosikal berkuasa tinggi selepas pengenalan ER-6N dan ER-6F pada Jun 2008 dan Januari 2010 menyebabkan Kawasaki Motors mempercepatkan pengeluaran Versys 650.

Model ‘naked’ tanpa fairing, ER-6N dijual pada harga promosi sekitar RM28,000 pada 2008, manakala versi baru dijual pada harga RM32,289 seunit. Sementara itu, model sport fairing penuh, ER-6F dijual pada harga RM34,790 seunit.

ER-6N popular di Malaysia kerana ia dianggap sebagai motosikal berkuasa tinggi mampu milik.

Sebelum dipasang di Malaysia, model CBU sebelum ini dijual pada harga antara RM41,000 hingga RM42,000 seunit.

“Jika lima tahun lalu, model Kawasaki atas 500cc hanya dapat dijual sekitar 100 hingga 500 unit setahun, tetapi difahamkan tahun ini, lebih 3,000 unit dapat dijual,” kata sumber itu.

Kawasaki Versys 650 dijana oleh mesin `khas untuk tork’ daripada versi 649cc enjin kembar selaras dan model itu dianggap ‘supermoto’ yang sebenar.

“Dengan suspensi panjang yang boleh dilaras Versys 650 seumpama sebuah mesin yang begitu gah di jalan, malah mampu menempuh jalan yang sukar dan mencabar.

Menurut penggemar motosikal, Versys 650 bukan saja selesa untuk perjalanan jauh kerana kedudukan penunggang yang menegak dan tidak memenatkan, tetapi juga sesuai ditunggang di jalan mencabar seperti lorong sempit di bandar raya hingga jalan curam mendaki dan menuruni bukit.

brm

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: