Gadis Maghribi Offer ‘Baik Punya’


 

Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun..bahagia

Rela dijadikan teman hidup

KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.
Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.
“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

mmtr

latest update

“Tidak perlu berbelanja besar, sebaliknya kos RM14,200 sudah cukup untuk ke Maghribi dan berkahwin dengan gadis di sana,” kata Mohd Fairudz.

Menurutnya, kos itu adalah nilai keseluruhan termasuk tambang kapal terbang pergi dan balik, majlis kahwin dan bulan madu.
“Saya bukan ejen mencari jodoh, sebaliknya hanya membantu secara percuma kerana saya kerap ke Maghribi. Selain pulang ke kampung isteri, saya bukan hanya membantu mencari jodoh untuk penduduk negara ini, malah saya juga menjadi pemandu pelancong bebas untuk sesiapa yang mahu berkunjung ke negara itu.

“Tidak kisah sama ada mahu melancong atau membuka perniagaan, saya sedia membantu,” katanya.
Beliau berkata, khusus untuk yang mahu mencari jodoh, sebelum ke Maghribi perlu mendapatkan persetujuan keluarga bagi mengelak masalah di kemudian hari.
Katanya, pada masa sama berikan pemahaman kepada mereka mengenai kelebihan berkahwin dengan gadis berkenaan supaya tiada salah sangka.

“Saya akan bantu memperkenalkan calon sesuai dijadikan isteri di kalangan adik-beradik, saudara mara atau rakan isteri saya. Selepas itu bolehlah bertukar-tukar gambar.
“Kemudian boleh ‘chat’ (berbual) menerusi webcam dan terus bersedia datang dalam masa 40 hari. Jika nak datang terus boleh juga, tetapi seelok-eloknya buat pilihan terbaik dan kenal dulu pasangan serta keluarganya.

“Segala-galanya saya akan bantu seperti buat pasport dan kebenaran berkahwin,” katanya.
Menurutnya, apapun semuanya bergantung kepada keluarga calon gadis Maghribi itu.
“Ibu bapa mereka mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mereka akan melihat perwatakan kita, kesungguhan, kejujuran dan kemampuan kita.
“Jika niat kita ikhlas, insya-Allah semuanya menjadi kenyataan,” katanya.

mmtr

Pena: sahabat baik saya din jawa masih mengesan saudara fairudz untuk mendapatkan nombor hp dan address.

Anak kacukan Melayu Maghribi

KUALA LUMPUR: Beralis tebal, berambut ikal, berkulit putih dan berhidung mancung. Sekali pandang ramai menyangka ia kanak-kanak perempuan tetapi, wajah comel si ‘cilik’ itu sebenarnya lelaki.

Itulah hasil anak ‘kacukan’ Melayu dan Maghribi, Saifullah Ali, 3, yang dimiliki Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34.
Menyifatkan ia anugerah Allah SWT, Mohd Fairudz berkata, berdasarkan pengalamannya, perkahwinan campur biasanya akan mendapat anak yang bijak, lebih berani apabila bergaul dengan rakan sebaya dan senang berkawan.

“Ciri-ciri itu ada pada Saifullah. Alhamdulillah, rezeki Allah. Sebagai contoh, pada usia dua tahun dia sudah mula suka mencuba menggunakan tetikus untuk melayari Internet dan pada usia itu juga dia sudah boleh bermain PlayStation bersama isteri dan saya.
“Kelebihan daripada segi bahasa pula, isteri saya bercakap Arab dengan anak, saya pula bercakap bahasa Inggeris dan anak akan belajar bahasa Melayu secara automatik kerana bahasa Melayu sangat mudah untuk difahami.
“Apatah lagi keadaan sekeliling di negara ini, ramai bercakap bahasa Melayu,” katanya.

Mohd Fairudz mengakui sering ditegur orang ramai ketika membawa anaknya bersiar-siar.
“Ke mana saja, orang ramai akan menegur dan bertanya mengenai anak saya. “Ada yang tanya lelaki ke perempuan. Justeru, ia membuatkan anak saya mudah bergaul dan mendapat rakan baru,” katanya.

Dalam pada itu Mohd Fairudz mendedahkan dia sudah ‘mengecewakan’ ramai lelaki tempatan yang cuba mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi.
“Sepanjang menguar-uarkan khidmat membantu mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi di Internet sejak awal 2010, ada sekurang-kurangnya 40 orang yang bercita-cita kahwin dengan gadis Maghribi terpaksa saya ‘reject’ (tolak) permintaan mereka. “Antara sebabnya mereka hanya mahu mengambil kesempatan, tak serius dan mempunyai pendapatan yang bakal memberi kesusahan kepada isteri. Jika pendapatan kecil bagaimana hendak menjaga isteri, faktor kewangan pun penting juga, nanti wanita dikahwini teraniaya,” katanya.
Menurut Mohd Fairudz, soal perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main-main kerana ia membabitkan perkongsian hidup sehingga ke akhir hayat.
“Saya bukan agensi mencari jodoh kerana saya hanya membantu. Setiap lelaki yang berasa hendak mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi akan saya teliti latar belakangnya. “Yang tidak serius dan ada agenda tersembunyi, lupakan sajalah,” katanya.
Mohd Fairudz mengakui sejak kisahnya tersiar di akhbar ini, dia tidak menang tangan melayan kiriman e-mel, SMS dan panggilan telefon daripada individu yang berminat untuk mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi.
“Secara purata saya dapat puluhan e-mel, SMS dan panggilan telefon setiap hari. Ternyata ramai yang berminat mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi.
“Kerana sambutan di luar jangkaan, saya minta maaf kepada sesiapa yang lewat menerima jawapan. Saya pun ada kerja lain dan lagipun saya hanya membantu secara percuma,” katanya.
Sementara itu, Mohd Fairudz menegaskan dia tidak berniat menyinggung perasaan gadis tempatan.
“Mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi hanyalah alternatif kepada lelaki tempatan. “Gadis tempatan pun ada keistimewaan. Saya bercakap berdasarkan reaksi lelaki tempatan sendiri,” katanya.

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • ahmad harmizi bin din  On December 12, 2010 at 9:35 am

    Mcm cerita saja…
    bgaimne care nye mahu mendapatkannye……
    xdse sebarang contct..

  • zulkq  On December 12, 2010 at 2:03 pm

    camne nat contact?

    • abu shahid  On December 12, 2010 at 2:23 pm

      Salam..saya cadangkan u all boleh try search fairudz dekat facebook pulak,

      kalau nak dapatkan contact.

      Jika saya mendapat maklumat terbaru, nanti saya akan paparkan disini.

      • reds  On December 12, 2010 at 3:24 pm

        i dah try seach thru fb… x dpt. camno ni? adus…dah terbayang gadis magribi ni.. ya habibi.. fairudz..kau lah kwn ku dunia akhirat…

  • axlazli  On December 12, 2010 at 3:42 pm

    salam

    sy dh search kat fb tak der

  • shahrizad  On December 12, 2010 at 3:49 pm

    Bagaimana nak dapat contact mohd fairudz

  • iin  On December 12, 2010 at 4:28 pm

    ya saya sokong … sapa2 yg dpt contact boleh la bgtau ya …

  • Mr X  On December 12, 2010 at 4:44 pm

    hemm..
    kalau dah start demand cnfm lepas ni ko terus naik
    hukum permintaan dan penawaran

    baju kanak kanak | pakain kanak kanak

  • izham zamrey  On December 12, 2010 at 5:22 pm

    salam, nak join boleh

  • Peace  On December 12, 2010 at 5:45 pm

    Beramai-ramai rombongan ke maghribi pas ni. Yang bujang mencari teman, yang duda mencari ganti, yang dah ada menambah lagi. Tapi kena tapis sket kot2 ada playboy dan bapak ayam join sekali. Mentang2 jauh dari keluarga dan kampung halaman, dah bosan, makan sepak terajang, hantar rumah pelacuran.

  • shahrul  On December 12, 2010 at 6:17 pm

    saya pon nk cri gadis maghribi jgak..harap2 sapa2 boley tolong…huhu

  • johan  On December 12, 2010 at 7:05 pm

    sy pun same..

  • izi  On December 12, 2010 at 9:50 pm

    salam, bmana nk tahu infor.

    • abu shahid  On December 12, 2010 at 9:53 pm

      sabar jap..ada sahabat kita sedang mencari maklumat tepat tentang saudara fairudz.

  • ZiadTamimi  On December 12, 2010 at 9:57 pm

    Salam. Kalau dah dapat kesan di mana saudara Fairuz berada email pde ana ya sheikh.. :-)

    • abu shahid  On December 12, 2010 at 9:59 pm

      insyaallah..saya pun nak tumpang dapat pahala kering jugak..hehe

      • ZiadTamimi  On December 12, 2010 at 10:08 pm

        Terima kasih saudara.. :-)

  • fazlee mohd nordin  On December 12, 2010 at 11:00 pm

    salam…saya sudah 34. belum berkahwin. sekiranya dapat mengesan en fairudz, tlg emailkn kpd saya detail beliau…tq

  • Zuar  On December 12, 2010 at 11:16 pm

    salam.. saye pun jua.. hehe.. ramai2 cari calon sna.. klu dh kt sini demand tggi2 sgtkn.. nk cari yg setia skrg ni pun mmg susah.. sape2 dpt maklumat sedara Fairuz tolong pasing2 yer..

  • ayim  On December 12, 2010 at 11:22 pm

    Wah den pun nak gak neh, bnyak kalik kecewo dah neh.

  • pekja  On December 13, 2010 at 1:27 am

    tolong info kat aku sekali
    xsabar nk kahwin dgn wanita magribi
    aku up ckit 15ribu pom aku sanggup
    saudara fairudz tolong cari teman dari magribi sorang
    tlpon terus kat sy lau dh ada
    0148222102…….nowwwwwwww

  • sempoi  On December 13, 2010 at 11:27 am

    ak skali weh….ak nk gk

  • zul  On December 13, 2010 at 1:00 pm

    dah dapat ker cari en fairudz tu??kalau ada,bgtau la..saya nak jugak

  • anakwatan  On December 13, 2010 at 2:28 pm

    x sangka ramai betul lelaki tempatan yang tergilakan gadis magribi, nak dapatkan yg terbaik la katakan.pertimbangkan betul2,setiap sesuatu ada buruk dan baiknya.kenyataan kt akhbar tu mcm buat bisnes cari jodoh pulak.macam2 dunia skg.kpd gadis2 tempatan, x perlu rasa tergugat. jodoh dah ditentukan, berdoa la untuk yg terbaik

  • ROSZAD HJ RAZAILI  On December 13, 2010 at 2:28 pm

    TOLONGBAGI EMAIL KAT SAYA

  • ilovegadismelayu  On December 13, 2010 at 2:32 pm

    slmt mencari jodoh gadis maghribi utk semua yg berminat. den ni xde chance sbb dh kawin dgn gadis melayu. tp alhamdulillah, dpt jodoh yg baik.semuanya terjaga walaupun isteri bekerjaya.

  • fitri  On December 13, 2010 at 4:19 pm

    assalamualaikum…tolong hubungi saya 0124140164..saya tengah mencari calon isteri….family x ada masalah…wang ok..ikhlas ni..

  • jay  On December 13, 2010 at 5:44 pm

    nak gadis maghribi boleh
    tapi size “adik” kena la competetive baru boleh..

  • malay male  On December 13, 2010 at 7:59 pm

    yakin..apepun jodoh pertemuan ajal maut.. allah yg tentukan…

  • Mas Enal  On December 14, 2010 at 12:17 am

    Mas Enal nak fakta yang sebenarnya tentang En Fairudz. nak tolong orang kahwin [buat masjid] harus jujur dengan Allah, banyak pahalanya so apa details contact U En Fairudz…
    Paparkan for Public

  • sani  On December 14, 2010 at 8:24 am

    saya telah cuba dapatkan detail mohd fairudz tapi tak berjaya… harap2 kwn2 juga dapat bantu. kwn2 sy ramai yang berminat untuk jalan kebaikan ini. ini no saya 0122888487. ini betul2 berhajat…

    • abu shahid  On December 14, 2010 at 8:27 am

      Insyaallah kita cuba dapatkan contact saudara fairudz, sehingga kini sahabat baik saya din jawa masih meneruskan usaha itu. sabar sekejap ya!

  • fitri  On December 14, 2010 at 8:56 am

    Assalamualaikum En. Abu Shahid…tolong ya…tengah mencari calon ni…

  • fuad  On December 14, 2010 at 3:50 pm

    saya pun teringin jugak nak memperisterikan gadis maghribi…..
    tolong bagi info berkenaan…..

  • razak  On December 14, 2010 at 10:01 pm

    saya nak cari calon wat isteri. tlg hubungi saya jika ada yg blh tlg sms sy k, 0177259307

  • zul  On December 14, 2010 at 10:05 pm

    saya terigin nak memperisterikan gadis maghribi tlg saya plz..0137114865

  • MBM  On December 15, 2010 at 2:50 pm

    Assalamualaikum semua,

    Ada siapa-siapa yang ada ‘contact’ Encik Mohd Fairudz bin Mohd Yusoff samaada Nombor ‘mobile’ phone, pejabat atau rumah, alamat rumah atau pejabat, ataupun e-mel address. Kalau ada sila ‘post’ disini. Ramai benar nak kahwin dengan gadis Maghribi

  • lan  On December 15, 2010 at 3:38 pm

    apa perkembangan semasa…dapat x lagi no. en. fairudz tu…

  • fitri  On December 15, 2010 at 3:39 pm

    apa perkembangan terkini…dapat x lagi no. en. fairudz tu…

  • azli  On December 15, 2010 at 8:03 pm

    salam

    betul tu klu nk tlg org bina masjid kena ikhlas

  • hafez  On December 16, 2010 at 12:34 am

    saya nak full pakej…. kawen 4 terus

  • im  On December 16, 2010 at 12:40 pm

    wah.. meriaahhh nyer kat sini..
    sy pn dok cari contact En Mohd Fairudz bin Mohd Yusoff.. nak ler juga masuk list cari isteri org Maghribi..

  • akutolong  On December 16, 2010 at 1:05 pm

    ya sheikh kawan2 ….aku dah dapat web si fairuz ni…. http://www.kahwinmorocco.blogspot.com

    • abu shahid  On December 16, 2010 at 4:02 pm

      Alhamdulillah ..Sahabat kita Syeikh AkuTolong dah berjaya menjejaki saudara Mohd Fairudz..mabruk..mabruk..Tahniah

  • MBM  On December 16, 2010 at 4:39 pm

    Terimakasih Syeikh AkuTolong, semoga Syeikh AkuTolong dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki……..

  • HAMIZAN  On December 18, 2010 at 1:40 pm

    salam, boleh saya tahu mcmane cara mahu mengahwini gadis maghribi?

  • cikli  On December 19, 2010 at 7:11 am

    salam,

    jangan asyik ingat gadis maghribi saja…..sembahyang maghrib kenalah diawal waktu.

  • fitri  On December 19, 2010 at 9:02 am

    terima kasih…terima kasih…terima kasih…

  • Raudha  On December 19, 2010 at 7:48 pm

    Salam,

    Untuk wanita Malaysia yg ingin kulit gebu seperti gadis-gadis Maghribi, boleh amalkan petua mereka iaitu penggunaan minyak argan keluaran Secret Leaf International Sdn. Bhd. yang boleh menggebukan kulit dan melambatkan proses penuaan. berguna juga untuk kulit dan rambut. Untuk mendapatkan minyak tersebut, boleh emel saya di alamat raudha_arridha@yahoo.com.

  • AkuNakGak  On December 24, 2010 at 3:51 am

    Assalmmualaikum, aku pon nak gak…lame dah aku cari si fairudz nih.. x jumpe2, klu ade ape2 publish phone no..dunbuktipermai@gmail.com

    • abu shahid  On December 24, 2010 at 6:50 am

      salam..Tuan dunbukitpermai boleh klik pada Link AkuTolong berikan diatas.

  • perlukan istri  On December 25, 2010 at 2:28 am

    salam..tolong dapatkan contek atau sebarang maklumat yang leh sy hubungi beliau,sy mmg nak kawin dan harap dpt tlg sy carikan gadis maghribi nie

  • meor  On December 30, 2010 at 12:56 pm

    slm sahabat sy mencari jg nama saudara fairudz di fb tp xjumpa..klu saudara fairudz baca sila hubungi sy hp.017 8834074 thanks.

  • khai  On January 11, 2011 at 5:23 pm

    salam….sy pun nk juga jodoh dgn wanita arab maghribi ni?…sapa2 boleh tolong?…..terima kasih kepada br0 fairuz jika sudi tolong^^

  • khai  On January 11, 2011 at 5:26 pm

    salam…sy pun nk juga jodoh wanita arab maghribi?….sper2 yg sudi tolong saya amat berterima kasih.

  • Abdullah bin Abdul Rahman  On March 21, 2011 at 5:23 pm

    Assalamualaikum Saudara,
    Saya lazimnya sebulan sekali ke USM.Saya tahu benar wanita Maghribi atau arab ini memang baik berbanding wanita Melayu atau Indonesia.Saya masih belajar dan sudah ada keluarga.Anak semua sudah besar-besar.Saya ingin sekali beristeri lagi kerana saya masih kuat dan ingin sekali mempunyai pasangan orang Maghribi.Selalu saya melayari muslima.com dan ada yang menaruh minat walaupun saya sudah berumur 52 tahun.Tapi rupa saya tidak nampak seperti 52 tahun.Saya bertugas sebagai Pensyarah dan ingin sekali melancong ke negara-negara Afrika Utara kerana kagum dengan tamadun Islam Andalusia dan gadis-gadisnya memang cantik.Saya tidak ingin membazir masa dan wang ringgit dengan sia-sia jadi saya ingin sekali berbakti kepada agama saya dengan mengawini gadis Maghribi.Carilah yang sederhana.E-mail saya.IsyaAllah.Wassalam

  • baraka  On March 28, 2011 at 10:45 pm

    salam kepada peminat wanita magribi, saya baru pulang daripada magribi, saya mencadangkan sesiapa yang brminat untuk berkahwin dgn wanita magribi supaya berfikir dahulu, jgn terburu-buru untuk membuat keputusan. sebab budaya antara melayu dan arab memang jauh berbeza,contoh bayangkan mereka tak makan nasi, tapi kita tak boleh hidup kalau tak ada nasi. jgn pilih rupa paras sahaja tapi lihat lebih daripada itu. nak kahwin ni jgn bergantung kepada rupa paras sahaja tapi kena ambil kira semua faktor. prjalanan ke marocco hampir 16 jam. walaupun hantaran nya murah tapi kos pengangukatan untuk kesana boleh buat hantaran bagi wanita melayu. fikir-fikir kan lah

  • farah  On March 29, 2011 at 5:41 pm

    nak tanya, selain en fairudz ni, sape je kawin dengan wanita magribi harga rm 14 ribu ni..??
    asyik kecoh2…takde dengar la sape2 lagi kawin ngan diorg ni..
    dapat ke call encik fairudz ni…
    ????

  • pagar ruyung  On April 18, 2011 at 6:28 am

    Asmk. Janganlah mudah ” tertipu dan terpedaya” kerana kalian akan ” menyesal seumur hidup “.
    Salam silatulrahim dari ” mangsa yang masih hidup “……

  • pagar ruyung  On April 18, 2011 at 8:02 am

    ” INDAH KHABAR DARI RUPA”….AWAS DENGAN PERANGKAP DURJANA INI. ” BELUM KENA BELUM TAHU “…..JANGAN ABAIKAN NASIHAT DAN AMARAN INI.

  • hasmyi  On May 28, 2011 at 2:58 pm

    En.Pagar Ruyung,

    untuk pengetahuan tuan, aku ni antara org yang dah berjaya berkahwin dengan org maghribi dengan bantuan fairuz,

    xde pun masalah sgt, sikit2 tu biasalah mereka ni pun manusia biasa, perlu la kita pun bertolak ansur, dan diaorg pun bukan kejam sangat, kan itu namanya cinta for middle east…cheewahhh….

    dan saje aku xnak kasi email, nnt penuh dgn soklan2 xlarat aku nak jawab.

    skrg aku baru tatap anak aku yang baru lahir, mata coklat rambut color grey kehitaman, comeinya anak ku ni…tgok la sape bapaknya…hehe…bye …adios

    • abu shahid  On May 28, 2011 at 3:12 pm

      alhamdulillah…tahniah untuk saudara Hasmyi

    • Lee  On June 30, 2011 at 7:45 pm

      salam en hasmyi, saya ingin minta contact detail en hasmyi dan juga en fairudz. saya dah berkenalan dgn seorang gadis morocco dan kami dah suka sama suka. tp saya nak tau lebih lanjut ttg segalanya…

  • Anonymous  On June 12, 2011 at 12:35 pm

    duit bukanlah masalah utama, tapi kos masa untuk mencari jodoh yang begitu lama boleh menyebabkan diri terjebak kepada pelacuran, walaupun mempunyai wang RM1000000, tapi jodoh tak ada pun tak guna juga, lebih baik cari jodoh dari magribi

  • En. Maher  On August 4, 2011 at 11:38 am

    السلام عليكم
    ٍebenarnya,

    b e t u l k e n i ???

    ada e-book lg tu..

    sy mmg ikhlas nak kahwin morrocan nih… tp bukak blog yg di bagi, mcm ala2 bisnes e-book pulak.

    harap2 saya silap.

    kpd saudara penganjur, tolong confirmkan.
    Terima Kasih.

    رمضان كريم…..

    • abu shahid  On August 4, 2011 at 11:46 am

      elok anda reply dengan tuab blog tu…beliau dah kawen dengan gadis maghrribi pun.

  • mr.pingu  On August 21, 2011 at 10:39 pm

    menariknyerr

  • Kamarul Ezam  On June 18, 2013 at 3:54 pm

    Salam bro.
    Mcm mana nak contact bro?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: