Martabatkan Jawatan ‘Ketua Umum’


Usul jawatan rasmi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim: Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengusulkan kepada perwakilan Wanita agar diwujudkan jawatan ketua umum secara rasmi dan diserahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya tidak perlu sebut (panjang) kerana sebelum ini beliau diaibkan dan dinafikan haknya dan keluarganya.

“Oleh kerananya, Keadilan (PKR) ditubuhkan (maka) beliau perlu diberi pengiktirafan. Khas untuknya,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya dalam kongres Wanita hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon suara-suara permintaan daripada perwakilan Wanita untuk “menabalkan” Anwar sebagai ketua umum.

“Lahirnya reformasi kerana Anwar, suburnya demokrasi usaha Anwar, melangkah inovasi bersama Anwar!” katanya sewaktu menyampaikan ucapan yang berjudul “Suburkan Demokrasi Tujah Inovasi”.

Menurut Zuraida, langkah tersebut dibuat bagi memberi pengiktirafan di atas peranan dan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perkembangan parti itu selama ini.

“Kewujudan jawatan itu (ketua umum) bukan memberi ancaman terhadap autoriti dan pengaruh presiden dan timbalan presiden sebaliknya hanya berperanan sebagai ‘mentor’ kepada pembangunan parti.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sosok penting dalam sejarah penubuhan Keadilan (PKR). Peranan dan pengaruh utamanya tidak boleh kita nafikan.

“Malah diketahui beliau seorang tokoh yang amat disegani sehingga ke peringkat antarabangsa. Pengaruh dan kapasitinya tidak harus disia-siakan dan dimanfaat buat kebaikan parti,” kata Zuraida dalam ucapan dasar ketua wanita ketika Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR di sini.

Beliau berkata kewujudan jawatan ketua umum itu adalah demi menjaga dan memelihara pengaruh PKR dalam landskap politik semasa.

“Relevannya diwujudkan jawatan ketua umum buat Anwar adalah demi menjaga dan memelihara pengaruh,peranan dan statusnya dalam PKR agar kelangsungan dalam lapangan politik semasa terus gah dan sentiasa digeruni,” katanya.

Anwar kini adalah Penasihat PKR.

Zuraida turut menyentuh pemimpin demokrasi dari Burma Aung San Suu Kyi yang disifatkan ikon buat pemimpin wanita lain untuk berjuang.

Beliau turut memberi persamaan antara ikon demokrasi Burma itu dengan ketokohan Anwar.

Katanya, walaupun wujud perbezaan senario dan lanskap tekanan bagi kedua-dua negara namun ketokohan Suu Kyi setanding dengan Anwar.

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: